Dari Fail Setiausaha.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Venue-Crowne Plaza Hotel

Assalamualaikum.Hye.Hello to all of you.Our venue for organizing our dinner already comfirmed and agreement between our side and hotel already made.So,our dinner will be held at this hotel,Crowne Plaza Mutiara,Kuala Lumpur.Located at Jalan Sultan Ismail.Regarding transport,there will be bus provided.So,dont have to worried about getting there.

Some of the picture,the hotel,the ballroom and pre function area and also map :



Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur
Address: : Jalan Sultan Ismail 50250, Kuala Lumpur Selangor, Malaysia
Tel : 603.2148.2322
Email : info@crowneplazamutiarakl.com
Malaysia toll-free : 1 800 80 1566

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Design T-Shirt Faculty Pharmacy for Dinner

Assalamualaikum.Hello.Hye everybody.Happy holiday to all of u.Some update about our t-shirt that we will going to sell as a source of finance for our dinner.This black t-shirt is for anyone who interested to buy.Not specific for our organization.The details about this t-shirt :

Price : RM27.00 (Long sleeves)
RM 25.00 (Short sleeves)
Size available : XS,S,L,XL,XXL

-Over view -
And the other design is compulsory for third year student.The colour of the t-shirt at the first place was blue.But the supplier told that they cannot print it in blue colour because of some reason.And i would like to ask all of u,the organizatioan and the rest third year,exco and also AJK what would your suggestion to replace the blue colour.Your cooperation is appreciated.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mesyuarat MT & TDAA Kali Pertama

Prof.Madya Dr.Jamia Azdina Jamal

Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa

Fakulti Farmasi UKM


Ahmad Shafiee bin Md.Ajis

Pengarah Majlis Penganugerahan

Fakulti Farmasi Sesi 2009/2010(MPFF)


Choo Yan Ying

Timbalan Pengarah I MPFF


Haziyah binti Hajali

Timbalan Pengarah II MPFF


Ainul Nabihah binti Abol Hasan

Setiausaha I MPFF


Pang Lie Jin

Setiausaha II MPFF


Te Chin Yew

Bendahari I MPFF


Nur Azlina binti Rusli

Bendahari II MPFF



Ybhg Prof./Tuan/Puan


MESYUARAT MAJLIS PENGANUGERAHAN FAKULTI FARMASI SESI 2009/2010


Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 21 Julai 2009

Masa : 8.30 – 10.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Fakulti Farmasi,Paras 5,Blok B


Sekian,terima kasih.


Yang benar,

AHMAD SHAFIEE BIN MD. AJIS

Ketua Pengarah

Majlis Penganugerahan Pelajar Fakulti Farmasi sesi 2009/2010

Fakulti Farmasi

Universiti Kebangsaan Malaysia.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SENARAI BIDANG TUGAS MT DAN EXCO

JAWATAN

TUGASAN

Pengarah

  • Memastikan semua MT dan exco menjalankan tugas
  • Memastikan gerak kerja program berjalan dengan lancar sepanjang masa
  • Berkuasa memberi arahan dan tugas kepada mana-mana MT dan Exco yang lain.
  • Berkuasa untuk memberi kata putus dalam segala urusan yang berkaitan dengan perlaksanaan majlis.
  • Berkuasa untuk menetapkan tarikh dan masa mesyuarat dari semasa ke semasa.

Timbalan pengarah

  • Membantu tugas pengarah.
  • Mengambil tugas pengarah semasa ketiadaannya.
  • Melibatkan diri dengan mana-mana exco yangkekurangan tenaga pekerja.

Setiausaha

  • Mencatat setiap minit mesyuarat
  • Menyiapkan kertas kerja.
  • Menyediakan laporan post mortem.
  • Menyediakan tempat mesyuarat bagi MT dan Exco

Bendahari

  • Menguruskan hal-hal kewangan bagi program.
  • Menyediakan belanjawan untuk program.
  • Bertanggungjawab untuk berurusan dengan pihak yang berkenaan bagi mendapatkan peruntukan.
  • Mengawal semua perbelanjaan dengan terperinci.
  • Menyediakan rekod perbelanjaan.
  • Menyediakan laporan kewangan.

Program

  • Memastikan program berjalan dengan lancar
  • Menyediakan tentatif program (pamphlet)
  • Memberi kerjasama dengan exco-exco lain

Protokol

  • Memastikan kelancaran majlis perasmian.
  • Mencari pengerusi majlis dan pembaca doa
  • Memikirkan cara sambutan VIP dan penceramah
  • Teks ucapan untuk VIP, penceramah, doa dan salutasi majlis
  • Menyediakan roset
  • Menyusun atur majlis
  • Membuat raptai penuh majlis perasmian.
  • Berhubung dengan exco program
  • Bekerjasama dengan teknikal untuk susunan kerusi, meja dan lain-lain (perasmian, jamuan)

Publisiti

  • Menyediakan poster,pamphlet dan flyers.
  • Menyediakan papan kenyataan untuk program
  • Menjemput dan mempromosikan program ke setiap pelajar Fakulti Farmasi serta kakitangan

Pemasaran

  • Mencari penajaan sama ada berbentuk wang atau barang-barang
  • Memikirkan sumber kewangan lain (jualan, request lagu, dedication dll)
  • Jualan t-shirt serta membuka gerai.

Logistik dan Perhubungan

  • Menguruskan pengangkutan daripada UKM ke tempat program.
  • Menempah parking dengan pengawal keselamatan untuk majlis-majlis tertentu yang melibatkan VIP

Teknikal

  • Menguruskan PA system
  • Menguruskan keperluan hiasan pentas (pasu bunga dll)
  • Susun atur kerusi, meja, khemah, dan pentas
  • Memastikan wayar penyambung elektrik dalam keadaan teratur dan selamat
  • Mengupah juruteknik (jika perlu) untuk penyelenggaraan

Jamuan

  • Jamuan untuk VIP dan penceramah
  • Jamuan untuk organisasi dan juga kesemua pelajar Fakulti Farmasi.
  • Berhubung dengan Exco Protokol

Cenderamata

  • Menyediakan cenderamata untuk pelajar Fakulti Farmasi.
  • Menyediakan cenderamata untuk VIP

Tugas-tugas khas

  • Membuat gimik majlis perasmian dan penutup
  • Hiasan pentas (backdrop)
  • Membuat tag nama untuk seluruh organisasi
  • Menyediakan reka bentuk baju untuk jualan.

Persembahan

  • Mencari wakil-wakil kumpulan untuk persembahan pada majlis perasmian
  • Menyediakan persembahan untuk program malam

Multimedia

  • Membuat persembahan multimedia program
  • Menyediakan persembahan slaid mengenai organisasi.

Pemantau

  • Menasihati dan memantau urusan program

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mesyuarat Kali Ke-2

Selamat Sejahtera

Perhatian!!

Kepada kesemua Majlis Tertinggi dan Exco-exco Makan Malam Fakulti Farmasi Sesi 2009/2010..
Mesyuarat Bersama MT dan Exco Kali Ke-2 akan diadakan.Berikut adalah butiran mesyurat tersebut :-

Tarikh : 16hb Julai 2009
Tempat : BSH5,Blok H,UKM Kampus Kuala Lumpur
Masa : 12.00-1.00 tengah hari

Sila ambil perhatian terhadap perkara ini :-
1) Sila rangka anggaran kasar belanjawan setiap exco dalam bentuk 'hard copy' dan serahkan kepada Bendahari sehari sebelum hari mesyuarat diadakan.
2) Sila cari AJK untuk setiap exco.Bilangan exco adalah tertakluk kepada exco tersebut samada memerlukan exco yang ramai atau sedikit.
(Limit exco=10 orang)
3) Sila bawa bersama gambar formal dan tidak formal ke mesyuarat akan datang dalam bentuk 'soft copy' dan serahkan kepada Setiausaha.

Kehadiran adalah wajib dan kedatangan anda akan diambil. Segala kerjasama yang pihak anda berikan adalah sangat dihargai. Selamat menjalankan tugas.

Sekian,terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Tentatif Program

TARIKH DAN MASA

PERKARA

TEMPAT

14 Mac 2010 (Sabtu)

8.00 malam

8.30 malam

8.40 malam

8.50 malam

9.30 malam

9.40 malam

10.15 malam

10.30 malam

11.00 malam

Ketibaan pelajar

Ketibaan VIP

Kata aluan pengacara majlis dan bacaan doa

Ucapan pengarah program

Ucapan Dekan Fakulti Farmasi

Ucapan perasmian

Oleh : Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin,

Naib Canselor, UKM.

Jamuan

Persembahan multimedia

Persembahan

Sesi Fotografi

Bersurai









Dalam Perancangan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Objektif

MISI

1 Melatih mahasiswa Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia berorganisasi serta berkomunikasi dengan masyarakat luar.

2 Memberi pendedahan kepada mahasiswa Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam menjalankan program seperti ini.

MATLAMAT

1 Membentuk suatu kerjasama erat di antara mahasiswa Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

2 Memperkenalkan Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia kepada agensi-agensi luar.

3 Merealisasikan Aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia.

OBJEKTIF

1 Memupuk sikap profesionalisme, kemahiran berorganisasi, dan kemahiran bekerjasama diantara mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia dengan pihak kerajaan mahupun swasta bagi menggalakkan pembangunan dan mencapai wawasan negara.

2 Meningkatkan keterampilan dan kemahiran komunikasi mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia selari dengan aspirasi universiti dan penegasan pemimpin negara untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja berkemahiran dan berpengalaman malah mempunyai “soft skill” yang tinggi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Pengenalan

Program Makan Malam Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi (PMFFAR), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama beberapa organisasi yang lain.

Program tahunan ini buat pertama kalinya dianjurkan dibawah Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi kerana sebelum ini program ini merupakan anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu.

Jabatan Farmasi telah ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1994 dan diletakkan di bawah Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB). Dalam tempoh 5 tahun yang pertama, Jabatan Farmasi telah berkembang dengan begitu pesat di bawah FSKB sehinggakan graduan Farmasi UKM boleh dianggap sebagai antara yang terbaik di tanah air. Setelah hampir 14 tahun berada dibawah FSKB, Jabatan Farmasi telah mendapat status fakulti pada 1 Jun 2008.

Fakulti Farmasi UKM diiktiraf secara global sebagai fakulti terpilih dan peneraju dalam pendidikan farmasi, kesarjanaan penyelidikan dan perkhidmatan kepada profesion serta masyarakat.Fakulti Farmasi UKM mengajar dan melatih pelajar melalui pendidikan farmasi dan penyelidikan yang progresif serta inovatif untuk melahirkan ahli profesional yang cekap dan beretika, mampu mengintegrasi ilmu, kemahiran dan tanggungjawab sosial.

Diharapkan penganjuran proram ini pada tahun ini akan berjaya seperti tahun-tahun sebelumnya. Semoga matlamat [enganjuran program ini akan tercapai dan seterusnya dapat memberikan kesan yang positif kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Senarai Hotel


Royal Bintang Hotel, Bukit Bintang
1 table = RM688-RM788
Sales Department :- 0321439898

Berjaya Time Square Hotel & Convention Centre
1 table = 10 persons
Basic for 1 person = RM10.00+++
Sales Department :- 0321178000
Email : reservation@btimessquarekl.com.my



Kuala Lumpur City Centre
1 table = 10 persons
1 table = RM788-988

Senarai hotel-hotel ini adalah sekadar cadangan, jika terdapat sebarang cadangan sila kemukakan kepada pihak admin.Kerjasama anda adalah amat kami hargai.Terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS