Mesyuarat MT & TDAA Kali Pertama

Prof.Madya Dr.Jamia Azdina Jamal

Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa

Fakulti Farmasi UKM


Ahmad Shafiee bin Md.Ajis

Pengarah Majlis Penganugerahan

Fakulti Farmasi Sesi 2009/2010(MPFF)


Choo Yan Ying

Timbalan Pengarah I MPFF


Haziyah binti Hajali

Timbalan Pengarah II MPFF


Ainul Nabihah binti Abol Hasan

Setiausaha I MPFF


Pang Lie Jin

Setiausaha II MPFF


Te Chin Yew

Bendahari I MPFF


Nur Azlina binti Rusli

Bendahari II MPFF



Ybhg Prof./Tuan/Puan


MESYUARAT MAJLIS PENGANUGERAHAN FAKULTI FARMASI SESI 2009/2010


Adalah dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 21 Julai 2009

Masa : 8.30 – 10.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Fakulti Farmasi,Paras 5,Blok B


Sekian,terima kasih.


Yang benar,

AHMAD SHAFIEE BIN MD. AJIS

Ketua Pengarah

Majlis Penganugerahan Pelajar Fakulti Farmasi sesi 2009/2010

Fakulti Farmasi

Universiti Kebangsaan Malaysia.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

SENARAI BIDANG TUGAS MT DAN EXCO

JAWATAN

TUGASAN

Pengarah

  • Memastikan semua MT dan exco menjalankan tugas
  • Memastikan gerak kerja program berjalan dengan lancar sepanjang masa
  • Berkuasa memberi arahan dan tugas kepada mana-mana MT dan Exco yang lain.
  • Berkuasa untuk memberi kata putus dalam segala urusan yang berkaitan dengan perlaksanaan majlis.
  • Berkuasa untuk menetapkan tarikh dan masa mesyuarat dari semasa ke semasa.

Timbalan pengarah

  • Membantu tugas pengarah.
  • Mengambil tugas pengarah semasa ketiadaannya.
  • Melibatkan diri dengan mana-mana exco yangkekurangan tenaga pekerja.

Setiausaha

  • Mencatat setiap minit mesyuarat
  • Menyiapkan kertas kerja.
  • Menyediakan laporan post mortem.
  • Menyediakan tempat mesyuarat bagi MT dan Exco

Bendahari

  • Menguruskan hal-hal kewangan bagi program.
  • Menyediakan belanjawan untuk program.
  • Bertanggungjawab untuk berurusan dengan pihak yang berkenaan bagi mendapatkan peruntukan.
  • Mengawal semua perbelanjaan dengan terperinci.
  • Menyediakan rekod perbelanjaan.
  • Menyediakan laporan kewangan.

Program

  • Memastikan program berjalan dengan lancar
  • Menyediakan tentatif program (pamphlet)
  • Memberi kerjasama dengan exco-exco lain

Protokol

  • Memastikan kelancaran majlis perasmian.
  • Mencari pengerusi majlis dan pembaca doa
  • Memikirkan cara sambutan VIP dan penceramah
  • Teks ucapan untuk VIP, penceramah, doa dan salutasi majlis
  • Menyediakan roset
  • Menyusun atur majlis
  • Membuat raptai penuh majlis perasmian.
  • Berhubung dengan exco program
  • Bekerjasama dengan teknikal untuk susunan kerusi, meja dan lain-lain (perasmian, jamuan)

Publisiti

  • Menyediakan poster,pamphlet dan flyers.
  • Menyediakan papan kenyataan untuk program
  • Menjemput dan mempromosikan program ke setiap pelajar Fakulti Farmasi serta kakitangan

Pemasaran

  • Mencari penajaan sama ada berbentuk wang atau barang-barang
  • Memikirkan sumber kewangan lain (jualan, request lagu, dedication dll)
  • Jualan t-shirt serta membuka gerai.

Logistik dan Perhubungan

  • Menguruskan pengangkutan daripada UKM ke tempat program.
  • Menempah parking dengan pengawal keselamatan untuk majlis-majlis tertentu yang melibatkan VIP

Teknikal

  • Menguruskan PA system
  • Menguruskan keperluan hiasan pentas (pasu bunga dll)
  • Susun atur kerusi, meja, khemah, dan pentas
  • Memastikan wayar penyambung elektrik dalam keadaan teratur dan selamat
  • Mengupah juruteknik (jika perlu) untuk penyelenggaraan

Jamuan

  • Jamuan untuk VIP dan penceramah
  • Jamuan untuk organisasi dan juga kesemua pelajar Fakulti Farmasi.
  • Berhubung dengan Exco Protokol

Cenderamata

  • Menyediakan cenderamata untuk pelajar Fakulti Farmasi.
  • Menyediakan cenderamata untuk VIP

Tugas-tugas khas

  • Membuat gimik majlis perasmian dan penutup
  • Hiasan pentas (backdrop)
  • Membuat tag nama untuk seluruh organisasi
  • Menyediakan reka bentuk baju untuk jualan.

Persembahan

  • Mencari wakil-wakil kumpulan untuk persembahan pada majlis perasmian
  • Menyediakan persembahan untuk program malam

Multimedia

  • Membuat persembahan multimedia program
  • Menyediakan persembahan slaid mengenai organisasi.

Pemantau

  • Menasihati dan memantau urusan program

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Mesyuarat Kali Ke-2

Selamat Sejahtera

Perhatian!!

Kepada kesemua Majlis Tertinggi dan Exco-exco Makan Malam Fakulti Farmasi Sesi 2009/2010..
Mesyuarat Bersama MT dan Exco Kali Ke-2 akan diadakan.Berikut adalah butiran mesyurat tersebut :-

Tarikh : 16hb Julai 2009
Tempat : BSH5,Blok H,UKM Kampus Kuala Lumpur
Masa : 12.00-1.00 tengah hari

Sila ambil perhatian terhadap perkara ini :-
1) Sila rangka anggaran kasar belanjawan setiap exco dalam bentuk 'hard copy' dan serahkan kepada Bendahari sehari sebelum hari mesyuarat diadakan.
2) Sila cari AJK untuk setiap exco.Bilangan exco adalah tertakluk kepada exco tersebut samada memerlukan exco yang ramai atau sedikit.
(Limit exco=10 orang)
3) Sila bawa bersama gambar formal dan tidak formal ke mesyuarat akan datang dalam bentuk 'soft copy' dan serahkan kepada Setiausaha.

Kehadiran adalah wajib dan kedatangan anda akan diambil. Segala kerjasama yang pihak anda berikan adalah sangat dihargai. Selamat menjalankan tugas.

Sekian,terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS