Minit Mesyuarat Kali Ke-7

MINIT MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI DAN EXCO
MAJLIS PENGANUGERAHAN PELAJAR FAKULTI FARMASI
PERSATUAN MAHASISWA FAKULTI FARMASI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


Bilangan : 7/2009
Masa : 1.00 petang
Tarikh : 24/12/2009 (Khamis)
Tempat : Bilik Seminar 5 Blok H,UKMKL


Hadir
Ahmad Shafiee bin Md. Ajis -Pengerusi
Haziyah binti Hajali
Choo Yan Ying
Te Chin Yew
Nur Azlina binti Rusli
Noor Fazlisha bt. Mohd Fouzi
Tengku Nur Aini Tengku Manshor
Nur Fariha binti Norman
Nurul Ain binti Sarmo
Noor Aridza bt Amran
Noor Aliasuzana bt Sabtu
Nur Hidayah bt Abdul Karim
Tye Zhi Yun
Teo Siew Chin
Nadiah binti Kamil
Fareha Waheeda

Tidak Hadir
Pang Lie Jin
Rennu a/l Marimuthu
Lim Jiang Cherng
Suthaa a/p Subramanium
Koh Hock Peng
Walter bin Eyang
Ahmad Taufik bin Mohd Murshid
Mohd Nasri bin Yusoff
Hamidi bin Drahman
Fidelia Paul
Foo Hwe Yi
Tan Wei Han
Ng Wen Bin

Turut hadir
Ainul Nabihah binti Abol Hasan -Pencatat


1.Aluan Pengerusi
Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan berterima kasih di atas kesudian ahli menghadiri mesyuarat dan seterusnya memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah.Pengerusi memaklumkan bahawa pihak PPP telah memberikan kelulusan untuk menganjurkan Majlis ini.

2.Perbincangan Program
2.1Program
Exco Program membentangkan tentatif Majlis Penganugerahan yang terbaur kepada barisan MT dan Exco.Exco Program memaklumkan bahawa pendaftaran para pelajar Fakulti Farmasi adalah pada jam 6.30 petang.

2.2Berkenaan dengan King dan Queen pada Majlis Penganugerahan Pelajar Fakulti Farmasi,Exco Program telah mencapai kata sepakat bersama-sama dengan barisan MT dan Exco yang lain bahawa kedua-dua gelaran itu akan diberikan kepada pelajar tahun 4 Fakulti Farmasi sahaja berikutan objektif majlis ini adalah bagi meraikan mereka.

2.3Exco Program memaklumkan kepada organisasi bahawa mereka telah pun mendapat calon-calon untuk pengerusi majlis untuk mengelola majlis bukan formal.Antara calon tersebut ialah :

a)Pelajar tahun 1
b)Ng Wen Bin

2.4 Mengenai game show yang akan diadakan pada majlis tersebut,Exco Program memberitahu bahawa game show yang akan diadakan adalah teka lagu,dimana lagu-lagu tersebut yang telah dirosakkan melodinya akan diputarkan dan para pelajar serta para pensyarah dan kakitangan Fakulti Farmasi dikehendaki meneka tajuk dan penyanyi lagu tersebut.

2.5Multimedia
Exco Multimedia memaklumkan bahawa tempoh masa untuk persembahan multimedia adalah 10 minit dimana persembahan tersebut termasuklah persembahan perasmian dan persembahan organisasi Majlis Penganugerahan Pelajar Fakulti Farmasi.

2.6Jamuan
Exco Jamuan memberitahu barisan MT dan Exco yang lain bahawa menu makanan untuk majlis ini telahpun ditetapkan dan menu yang dipilih adalah menu 3 dan seramai 5 orang akan pergi mencuba rasa menu ini.Menu tersebut adalah seperti didalam senarai berikut :

MENU 3

Cold Dishes
Assorted Sushi Platter,
Thai Beef Salad,
Smoked Salmon
Roast Chicken Platter
Assorted Condiments

Refreshing Salads
Cucumber with Dill Mayonnaise, Carrot with Raisin,
Broccoli, Mesclun Mixed Salad,
Iceberg, Potato Salad with Onion and Capsicum,
Beancurd with Green Beans Salad,
Cajun Coleslaw, Chicken Kerabu.
Homemade Sauces and Dressings

SOUP
Vegetarian Sweet Corn Soup
Bread Rolls and Butter


Hot Dishes
White Rice
Vegetarian Fried Meehoon Siam
Chicken in Hot Chili Sauce Korean Style
Oven Baked Fish Fillet with Percik sauce
Tandoori Roast Lamb Leg with Onion Chutney
Sautee Potatoes
Vegetarian Hong Kong kailan with Mushroom

DESSERTS
Seasonal Fresh Tropical Fruits
Assorted Malay Kuih
Caramel Custard
Vienna Apple Strudel
Assorted French Pastries
Bubur Gandum
Almond Cakes
Coffee or Tea

2.7Protokol
Exco Protokol memaklumkan bahawa surat jemputan Naib Canselor akan dihantar kepada Naib Canselor dan sedang menunggu kelulusan daripada pihak Dekan Fakulti Farmasi.Exco Protokol juga memberitahu bahawa mereka sedang mereka bentuk kad jemputan untuk para pensyarah dan kakitangan Fakulti Farmasi.

2.8Tugas-tugas Khas
Exco Tugas-tugas Khas memaklumkan kepada barisan MT dan Exco lain bahawa t-shirt yang telah ditempah akan siap dan akan diedarkan pada bulan Januari 2010.

2.9Perhubungan dan Pengangkutan
Exco Pengangkutan memaklumkan bahwa mereka telahpun menghatar surat pemohonan pengangkutan bas kepada Unit Pengangkutan,UKM.Selain itu juga Exco perhubungan memberitahu bahawa pihak hotel membenarkan penggunaan dewan selama 24 jam pada 13 Mac 2010 dan backdrop adalah percuma dari pihak hotel,selain itu juga bilik menunggu juga telah diberikan oleh pihak hotel dan pihak hotel menyediakan free dinner cocktail sempena majlis ini.

3.Lain-lain
3.1Timbalan pengarah mengingatkan supaya setiap exco dapat menjalankan tugasan masing-masing dengan penuh komited.

4.Penutup
4.1Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap program ini dapat dilaksanakan sdengan jayanya.
4.2Pengerusi memaklumkan mesyuarat kedua MT bersama exco-exco yang telah dipilih pada suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian.
4.3Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.08 petang dengan tasbih kafarah dan Surah AL-Asr.


Disediakan oleh,
AINUL NABIHAH BINTI ABOL HASAN
Setiausa 1
Majlis Penganugerahan Pelajar Fakulti Farmasi
Universiti Kebangsaan Malaysia

UKM 3.3.13/92/02/MPFF09/3/7(b)(W)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS