Pengenalan

Program Makan Malam Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi (PMFFAR), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama beberapa organisasi yang lain.

Program tahunan ini buat pertama kalinya dianjurkan dibawah Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi kerana sebelum ini program ini merupakan anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu.

Jabatan Farmasi telah ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1994 dan diletakkan di bawah Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB). Dalam tempoh 5 tahun yang pertama, Jabatan Farmasi telah berkembang dengan begitu pesat di bawah FSKB sehinggakan graduan Farmasi UKM boleh dianggap sebagai antara yang terbaik di tanah air. Setelah hampir 14 tahun berada dibawah FSKB, Jabatan Farmasi telah mendapat status fakulti pada 1 Jun 2008.

Fakulti Farmasi UKM diiktiraf secara global sebagai fakulti terpilih dan peneraju dalam pendidikan farmasi, kesarjanaan penyelidikan dan perkhidmatan kepada profesion serta masyarakat.Fakulti Farmasi UKM mengajar dan melatih pelajar melalui pendidikan farmasi dan penyelidikan yang progresif serta inovatif untuk melahirkan ahli profesional yang cekap dan beretika, mampu mengintegrasi ilmu, kemahiran dan tanggungjawab sosial.

Diharapkan penganjuran proram ini pada tahun ini akan berjaya seperti tahun-tahun sebelumnya. Semoga matlamat [enganjuran program ini akan tercapai dan seterusnya dapat memberikan kesan yang positif kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Pengenalan"

Post a Comment